Akira ke Kelantan United?

Langkah Akira Higashiyama menolak tawaran kontrak Kuching City FC mengundang pelbagai spekulasi, namun terkini, beliau dikaitkan dengan pasukan Kelantan United FC.

Kelab bola sepak dari Kelantan itu kelmarin mengumumkan kerjasama dengan jenama minuman Yakult, yang juga merupakan antara penaja utama pasukan Kuching City FC.

Hasil kerjasama Kuching CIty dan Yakult membawa kepada masuknya tiga pemain Jepun musim 2020, dengan Akira dibawa masuk sebagai ketua jurulatih.

Kerjasama sama dijangka mungkin berlaku dengan Kelantan United kali ini.

Dalam laporan media, Kelantan United mengakui bahawa mereka telah mengikat dua pemain Jepun hasil kerjasama tersebut, dan ianya nampaknya tidak mustahil Akira mungkin akan diambil sebagai ketua jurulatih pasukan tersebut memandangkan beliau mempunyai rekod baik apabila bersama pasukan Kuching City, yang juga seperti pasukan Kelantan United.

Akira telah menolak kontrak Kuching City

Spekulasi ini bertambah kencang apabila Kelantan United turut mengumumkan mereka kini sedang mencari ketua jurulatih baharu dan akan memuktamadkan status jurulatih baharu mereka tidak lama lagi.

Status Akira menjadi tanda tanya peminat bola sepak Kuching City selepas jurulatih muda itu menolak tawaran penyambungan kontrak bersama Kuching City baru – baru ini.

Dilihat sebagai jurulatih berkebolehan, peminat mendedahkan mereka lebih suka pihak Kuching City mengekalkan Akira untuk membina pasukan Kuching yang lebih ampuh.

Peminat rata – rata merasakan Akira telah menunjukkan prestasi baik apabila berjaya membawa pasukan Kuching CIty ke Piala Malaysia, biarpun dengan dana terhad, dan pemain yang sudah melangkaui usia 30-an.

Sungguhpun demikian, Pengerusi Kuching CIty, Fazzrudin Abdul Rahman minggu lepas telah mendedahkan bahawa Akira telah menolak tawaran penyambungan kontrak Kuching City dan pihaknya terpaksa mencari pengganti.

Kuching City dalam pada itu telah melantik Irfan Bakti sebagai Ketua Jurulatih baharunya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top