Penyerang import Sarawak United, Agba Uche kini mendahului senarai penjaring Liga Premier dengan lapan gol daripada enam perlawanan.

Bekas pemain PDRM FA itu terbukti amat menyinar bersama pasukan bimbingan E. Elavarasan apabila beliau menjaringkan empat gol dalam perlawanan menentang Skuad FAM – MSN hujung minggu lepas.

Buat masa ini, Agba mendahului senarai penjaring di Liga Premier, dengan pemain terdekat yang mampu mencabar kedudukan beliau, hadir dari tiga pasukan lain yakni pemain Negeri Sembilan FC Alain Akono, Fernando Rodriquez dari JDT II, dan George Attram dari Selangor II.

Ketiga – tiga pemani tersebut kini telah menjaringkan lima gol dalam Liga Premier.

Agba, yang berasal dari Nigeria, sememangnya seorang penyerang terbilang dan dianggap antara pembelian pemain paling bagus oleh pasukan Sarawak United musim ini.

Beliau yang berusia 34 tahun tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri di Sarawak United, dan kini telah mula konsisten menjaringkan gol untuk pasukan Sarawak United, sekaligus menyaksikan Sarawak United kini berada di tangga teratas liga.