Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman, atau lebih mesra dipanggil Abang Zul, hari ini sah menjadi presiden baharu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bagi penggal 2023 hingga 2025.
Mantan Penolong Setiausha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu dilantik menjadi presiden baharu selepas menang tanpa dicabar pada Mesyuarat Agung Tahunan FAS di Sarikei sebentar tadi.
Timbalan Abang Zul pula adalah Abang Suhordie Abang Zaini, manakala Nichol Agoi, Khairulddin Qalam Daud, Abdul Ajis Kon Ghazali, Abdul Rahman Abdul Rahim dan Khairul Anuar Adeni berjaya diundi menjadi Naib Presiden FAS.
- BACA: Abang Zul hampir pasti jadi presidan FAS
- BACA: Posa Majais akan letak jawatan
- BELI: Jersi Sarawak pelbagai rekaan dan tahun
Posa Majais yang sebelum ini merupakan presiden FAS tidak mempertahankan jawatannya.
Dengan pelantikan Abg Zul ke jawatan presiden FAS, persatuan tersebut dijangka akan membuat rombakan dan perubahan bagi mengembalikan bola sepak Sarawak ke peringkat lebih tinggi, khususnya di peringkat akar umbi.