Dalam satu tinjauan ringkas di laman Facebook kami, kami telah bertanya jika peminat bolasepak merasakan Posa Majais perlu meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan bolasepak Sarawak (FAS).
Tinjauan ini dibuat selepas Persatuan Bolasepak Bahagian Samarahan (PBBS) dan Persatuan Bekas Pemain Sarawak tampil menggesa Posa meletak jawatan atas 21 sebab yang mereka telah berikan kepada media.
Hasil daripada tinjauan tersebut, didapati sebanyak 94 peratus responden telah menyatakan mereka mahu Posa meletak jawatan.
6 peratus mahu Posa kekal sebagai presiden FAS. Keputusan tinjauan tersebut boleh dilihat dibawah.
Komen-komen daripada tinjauan tersebut rata-rata menyatakan bahawa bolasepak Sarawak telah mengalami kejatuhan teruk sejak Posa mengambil alih dan mereka mahukan muka baharu menerajui bolasepak Sarawak.
Tinjauan itu telah mendapat respon lebih 1000 orang, dan walaupun jumlah tersebut banyak, ianya mungkin tidak menggambarkan pendapat keseluruhan peminat bolasepak Sarawak kerana ianya hanya dijawab oleh individu yang LIKE halaman Facebook kami.