Wrexham AFC umum jersi baharu untuk musim 2023/24

Kelab Liga Dua Inggeris, Wrexham AFC telah mengumumkan jersi terbaharu mereka dalam tiga warna.

Bagi perlawanan di tempat sendiri, Wrexham akan mengekalkan warna tradisi merah mereka, manakala jersi di tempat lawan kali ini akan berwarna putih dengan garisan hijau dan merah di bahagian tengah.

Untuk jersi alternatif, akhabr Mirror melaporkan Wrexham akhirnya dapat memenuhi permintaan pemilik kelab tersebut Rob McElhenney, yang mahukan jersi dalam warna hitam.

Menurut laman web rasmi kelab tersebut, ketiga – tiga jersi itu bakal menampilkan logo penaja utama kelab tersebut, United Airlines.

Ketiga-tiga jersi berkenaan juga akan digunakan pada siri jelajah Amerika Syarikat kelab tersebut dengan jersi tempat lawan (warna putih) digunakan buat pertama kali apabila bertemu Chelsea di Kenan Memorial Stadium di Chapel Hill pada Rabu19 Julai ini, dengan jersi alternatif (hitam) pula akan digunakan apabila bertemu LA Galaxy II di Dignity Health Sports Park di Los Angeles pada Sabtu 22 Julai 2023.

Kelab Liga Inggeris itu turut memaklumkan dua perlawanan terakhir kelab tersebut di Amerika Syarikat, yakni menentang Manchester United di San Diego’s Snapdragon Stadium pada Selasa 25 Julai, dan Philadelphia Union II di Subaru Park pada 29 Julai pula akan menyaksikan pemain mengenakan jersi utama mereka, yakni jersi merah.

Wrexham berjaya mendapat promosi ke Liga Dua Inggeris tahun ini selepas merangkul kejuaraan Liga National Inggeris pada musim lepas.

Kelab tersebut mendapat populariti berganda selepas diambil alih oleh pelakon terkenal Ryan Reynolds dan Rob McElhenney, yang telah mentransformasikan kelab tersebut menjadi satu kelab yang disegani di serata dunia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top