Watsons penaja baru Piala Malaysia

Tanpa tertuga, Watson yang merupakan kedai berangkai barangan kesihatan dan kecantikan telah secara senyap-senyap menandatangani satu perjanjian untuk menaja Piala Malaysia pada tahun ini.

Menurut sumber Sports 247, syarikat yang dimiliki jutawan Hong Kong, Li Ka Shing bernilai RM3 juta dan ia akan menyaksikan nama Piala Malaysia ditukar kepada ‘Watsons Piala Malaysia’ sepanjang tempoh tajaan.

Piala Malaysia, yang juga merupakan pertandingan bolasepak tertua di Asia, akan memasuki siri ke-87 esok dengan proses pengundian dimulakan.

Sebelum ini, piala berprestij ini ditaja ERA FM, sebuah anak syarikat ASTRO, yang juga merupakan penaja rasmi liga-liga di Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top