Jurulatih utama Sarawak Robert Alberts mendedahkan beliau berpuas hari dengan persembahan anak buahnya, sungguhpun tewas 2-1 kepada pasukan Liga SUper PKNS FC.
Menurut akhbar Utusan Sarawak, kesebelasan terbaiknya berjaya meletakkan Sarawak di hadapan PKNS, tetapi perubahan taktikal, dan kemasukan pemain baru telah sedikit menjejaskan rentak pasukan Sarawak yang bolos dua gol kemudian.
Sarawak bakal bertemu Harimau Muda B esok (Sabtu), menentang ATM (31 Julai) sebelum melengkapkan aksi persahabatan menentang Pilihan Kuching (4 Ogos) di Stadium Negeri Petra Jaya.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



