Pasukan Kuching FA tidak mahu meneruskan rentak kekalahan selepas tewas mengejut menentang SAMB FC minggu lepas.
Pasukan yang kini di tangga kedua Liga M3 mahu memenangi perlawanan menentang Tun Razak FC hari ini.
Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, Ketua Jurulatih Kuching, Ideris Untong mahu Kuching mencatat kemenangan tanpa mengira status lawan.
Dalam pada itu, misi Kuching dilihat sedikit sukar ekoran ketiadaan dua pemain utama.
Ketua pasukannya Rafiezan Razali dan Joseph Kalang Tie akan digantung apabila menentang Tun Razak, manakala Hairol Mokhtar dilaporkan cedera.
Kuching dalam pada itu kini mengumpul 43 mata daripada 18 perlawanan, dan berada tujuh mata dibelakang Kelantan United.
Sungguhpun demikian, Kuching juga memiliki kelebiha satu perlawanan.
Perlawanan malam ini akan berlangsung di Stadium Sarawak pada jam 8:15PM.