Pasukan bimbingan Louis van Gaal tersingkir awal dari Liga Juara-Juara Eropah musim ini apabila tewas 3-2 kepada kelab Jerman Wolfsburg.

Bermain di tempat lawan, United memulakan perlawanan dengan rentak bergaya dan berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-10 apabila Martial menyumbat masuk bola hantaran Mata.

Kegembiraan United walaubagaimanapun hanya seketika apabila Wolfsburg menyamakan kedudukan selang tiga minit melalui gol cantik pemain pertahanannya Naldo, yang merembat kencang hantaran sepakan percuma Rodriguez.

Pada minit ke-29, Wolfsburg pula berada di hadapan apabila Vierinha dengan mudah menyempurnakan hantaran Draxler.

Pada separuh masa kedua, United pula menyamakan kedudukan apabila pemain pertahanan Wolfsburg, Guilavogi, tertanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-82.

Dengan perlawanan tinggal kurang lima minit, Naldo sekali lagi menewaskan penjaga gol United De Gea apabila beliau dengan mudah menanduk masuk go kemenangan Wolfsburg, sekaligus memastikan United gagal ke peringkat suku akhir pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.

Kekalahan United bermaksud mereka akan terpaksabertanding di Liga EUROPA.