Undian twitter: Peminat kata Sarawak FA ada peningkatan

4 JULAI – 78 peratus, daripada 106 pengguna twitter yang menjawab undian twitter SarawakCrocs menyatakan bahawa mereka merasakan pasukan Sarawak FA telah meningkat dari segi permainan.

Undian yang diadakan selama 24 jam itu dibuat ekoran kewujudan siaran langsung ketiga Sarawak pada musim ini, yang membolehkan seluruh peminat bolasepak Malaysia melihat sendiri kebolehan anak didik David Usop di kaca televisyen TV9.


Sungguhpun ramai yang turut memberi komen bahawa persembahan pasukan Sarawak FA pada malam itu wajar dipuji, segelintir peminat juga turut menyatakan pendapat bahawa Sarawak FA beraksi lebih baik pada babak pertama, dan kelihatan lebih longlai pada babak kedua.

Di dalam perlawanan tersebut, Sarawak FA berjaya menjaringkan dua gol cantik pada babak pertama perlawanan, sekaligus menyaksikan mereka menang dua gol tanpa balas ke atas Kelantan FA. – sarawakcrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top