UiTM FC naik ke Liga Super, PKNS dan PKNP turun ke Liga Premier

Malaysia Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa mereka menerima dan meluluskan secara bersyarat permohonan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk mengambil-alih satu pasukan masing-masing di Liga Super, dan menjadikan pasukan tersebut pasukan simpanan masing-masing.

MFL juga memaklumkan bahawa mereka telah menerima dan meluluskan permohonan PKNS FC dan PKNP FC yang mengambil keputusan untuk menamatkan Perjanjian Rakan Kongsi Liga bersama MFL.

Menurut kenyataan MFL, FAS akan mengambil alih PKNS FC dan menjadikan pasukan tersebut pasukan simpanan mereka.

PAFA pula akan mengambil alih PKNP FC dan melakukan perkara sama.

MFL berkata bahawa kelulusan yang diberikan adalah secara bersyarat dengan kedua-dua persatuan negeri harus memberi tumpuan kepada aspek kestabilan kewangan, kemudahan tempat latihan dan transisi kontrak sebelum status itu berkuatkuasa tahun depan.

Dalam pada itu, MFL juga mengumumkan penstrukturan kecil pasukan di dalam Liga Malaysia.

Ini adalah memandangkan pasukan simpanan tidak boleh bermain di Liga Super.

Penstrukturan tersebut menyaksikan UITM FC akan dipromosikan ke Liga Super 2020, bersama-sama dengan pasukan Sabah FA dan PDRM FA yang telah berjaya melayakkan diri secara merit.

UiTM akan menggantikan pasukan PKNS FC yang akan diturunkan ke Liga Premier.

Tiada pasukan perlu menggantikan PKNP FC kerana , PKNP FC bersama-sama Kuala Lumpur FA telah menduduki dua tangga tercorot Liga Super 2020 dan akan diturunkan ke Liga Premier secara automatik.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top