Uche harap masalah culas gaji dijauhkan

Penyerang sensasi Sarawak United, Uche Agba berharap masalah culas gaji yang menimpa kelab Kenyalang Emas tidak akan berulang dalam Liga Malaysia musim ini.

Pemain kelahiran Nigeria itu memberitahu akhbar The Star bahawa peminat bola sepak Sarawak layak mendapat pasukan yang bagus.

Beliau yang menjaringkan 14 gol musim lalu juga berjanji bahawa beliau dan rakan sepasukan akan memastikan kelab itu beraksi dengan baik dalam Liga Super musim ini.

“Saya berharap apa yang berlaku musim lepas tidak akan berulang.” kata Uche dalam laporan The Star.

“Rakyat Sarawak layak mendapat pasukan yang bagus. Kami sedang berlatih bersungguh – sungguh demi untuk memastikan kami mampu bersaing di Liga Super dengan baik musim ini” jelas penyerang berusia 34 tahun itu lagi.

Uche merupakan ‘gol mesin’ pasukan Sarawak United sejak beliau menyertai kelab tersebut musim lepas.

Beliau merupakan satu – satunya pemain import yang dikekalkan oleh kelab yang bertapak di Kuching itu.

Sarawak United telah berjaya melayakkan diri ke Liga Super musim ini selepas menamatkan Liga Premier di kedudukan kedua musim lalu.

Biarpun demikian, kelab tersebut telah dibelenggu masalah pembayaran gaji selepas itu dengan pihak PFAM dan Malaysia Football League (MFL) turut mengambil maklum berkenaan isu tersebut.

MFL walaubagaimanapun telah mengesahkan masalah tersebut sah selesai jika Sarawak United melunaskan semua bayaran pada 31 Januari lepas.

>> DAPATKAN JERSI SARAWAK TERBAHARU

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top