Mantan pemain Sarawak FA, PJ Rangers dan PKNS FC, Tommy Mawat Bada dilaporkan telah menerima tawaran untuk bersama pasukan Kuching FA kerana beranggapan bahawa pengurusan pasukan tersebut adalah bagus.
Tommy dipetik berkata demikian oleh akhbar Suara Sarawak yang mana turut melaporkan bahawa Tommy juga memilih untuk mewakili Kuching FA kerana semangat juang pemain Kuching FA.
Beliau walaubagaimanapun mengakui bahawa hadir keperluan untuk beliau bekerja keras bagi mendapat tempat di dalam kesebelasan utama pasukan Kuching FA.
Dalam pada itu, Tommy juga didakwa berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Kuching FA berada di dalam kelompok lima teratas musim ini.
Pemain berusia 24 tahun itu merupakan ahli baru kepada keluarga Kuching FA musim ini dan beliau dijangka tidak memiliki masalah untuk menyesuaikan diri dengan pemain Kuching FA yang rata-rata merupakan bekas rakan sepasukan semasa beliau mewakili Sarawak FA dahulu.
Tommy yang berasal dari Bintulu terkenal dengan larian-larian pantas beliau dan beliau juga berupaya menjaringkan gol jika diberi ruang yang cukup.