Tommy Mawat bakal menyertai pasukan Sabah FA?

Dengan pasukan Sabah FA membuat persediaan untuk ke Liga Super musim hadapan, seorang pemain muda Sarawak, Tommy Mawat Bada, yang kini bermain dengan PKNS FC, dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan sang Badak.

Khabar tersebut sedang hangat dibincangankan di media sosial berkaitan pasukan Sabah, dengan beberapa komen berkata ianya adalah ‘sahih.

Tommy yang telah berhijrah ke PJ Rangers dari Sarawak FA, bukanlah nama asing di kalangan peminat bola sepak tempatan.

Pemian Iban yang berumur 24 tahun ini pernah mewakili negara dan masih di dalam radar pasukan kebangsaan.

Terkenal dengan larian lincah serta rembatan deras, Tommy amat disenangi peminat pasukan Bujang Senang kerana sikap rajin beliau di atas padang, dan ramai peminat bola sepak Sarawak telah melahirkan kekesalan apabila beliau dibenarkan berpindah ke pasukan Liga FAM, PJ Rangers pada tahun 2018.

Jika benar Tommy akan ke Sabah, ianya merupakan satu langkah baik untuk karier beliau kerana beliau boleh terus kekal bermain di liga bola sepak tertinggi negara.

Sungguhpun demikian, Tommy dilihat akan perlu bersaing dengan pemain-pemain tempatan Sabah yang dilihat tidak kurang hebatnya dan hanya waktu akan menentukan jika perpindahan Tommy ke Sabah menjadi kenyataan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top