Tommy beri Kuching FA lebih pilihan di bahagian serangan

Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Kuching FA Ideris Untong didakwa mengakui bahawa kehadiran Tommy Mawat Bada di dalam pasukan Kuching FA akan memberi ‘Kuasa tambahan’ kepada pasukan tersebut.

Jurulatih berpengalaman itu dilaporkan berkata demikian oleh akhbar Suara Sarawak.

Laporan sama memetik Ideris sebagai berkata pengalaman Tommy akan membantu pasukan di bahagian atas pasukan Kuching FA.

Menurut laporan Suara Sarawak yang sama, Kuching FA terlalu bergantung dengan Joseph Kalang Tie dan Sufizal Ismail sebelum ini.

Dalam pada itu, kehadiran pemain sayap seperti Tommy Mawat Bada dilihat mampu memberikan pasukan Kuching FA lebih banyak pilihan di bahagian serangan di dalam musim 2020.

Walaubagaimanapun, kami agak yakin bahawa Tommy perlu bersaing sengit untuk menyenaraikan diri di dalam kesebelasan utama pasukan Kuching FA memandangkan pemain-pemain lain di dalam Kuching FA tidak kurang hebat, baik dari segi pengalaman mahupun ketangkasan mereka.

Tommy merupakan pemain baharu di dalam pasukan Liga Premier Kuching FA.

Beliau pernah bermain untuk Sarawak FA, PJ Rangers, dan PKNS FC sebelum ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top