Tom Lockyer kekal di Luton Town

Ketua pasukan Luton Town, Tom Lockyer, sah akan terus berkhidmat di Luton dan Kenilworth Road selepas beliau menandatangai kontrak baharu bersama kelab tersebut.

Pemain terbaik bagi Luton Town pada musim 2022/23 tiba di Luton Town dari Charlton Athletic pada September 2022, dan beliau pernah bermain untuk Wales pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Bersama Luton, pemain berusia 28 tahun itu telah bermain sebanyak 45 kali.

Pengurus pasukan Luton, Rob Edwards melahirkan rasa teruja beliau berjaya mengikat Lockyer di Luton untuk musim ini dan beranggapan beliau memainkan peranan penting di dalam pasukan bimbingannya.

Lockyer juga melahirkan keterujaan beliau terhadap berjaya memuktamadkan masa depannya dengan beliau menyatakan bahawa bermain untuk Luton di Liga Perdana Inggeris sememangnya sesuatu yang istimewa bagi dirinya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top