TMJ tidak dapat menjadi Presiden FAM

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Tunku Ibrahim Ismail telah menyatakan bahawa baginda tidak dapat menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sungguhpun ramai mahukan baginda mengambil tampuk pemerintahan badan induk bolasepak Malaysia itu.

Menurut TMJ, adalah mustahil untuk baginda menjadi presiden FAM kerana baginda kini terlibat secara meluas di dalam pembangunan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) miliknya.

Baginda turut menyatakan bahawa seseorang presiden bagi FAM, seseorang tidak harus bersikap berat sebelah kepada mana-mana kelab dan negeri di dalam Malaysia, dan baginda tidak dapat berbuat demikian kerana baginda amat menyayangi Johor serta kelab miliknya, JDT.

Dalam pada itu, TMJ mencadangkan bahawa FAM mencari calon yang lebih sesuai, yang berupaya bersikap tidak berat sebelah sebagai presiden FAM. TMJ turut menyatakan bahawa baginda tidak kisah jika diberi peranan sebagai penasihat kehormat FAM sahaja.

TMJ berkata demikian di dalam temubual bersama pengacara Harith Iskandar di dalam rancangan ‘Obviously Harith’.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top