TMJ setuju mutu pengadilan perlawanan JDT-Sarawak teruk

Presiden Persatuan Boasepak Johor, Tengku Mahkota Johor, mengakui bahawa mutu pengadilan ketika JDT menang ke atas Sarawak adalah begitu teruk.

Baginda yang memberi kenyataan di laman rasmi JDT menyatakan “mutu pengadilan masih lemah dan begitu ketara” sambil berharap badan induk bolasepak negara, Persatuan Bolasepak Malaysia, mengambil tindakan bagi memperbaiki masalah ini, dan sekaligus menaikan mertabat bolasepak Malaysia.

Dalam perlawanan JDT menentang Sarawak Sabtu lalu, pengadil kelihatan membenarkan terjahan-terjahan keras keatas pemain Sarawak dan JDT sehinggakan mengakibatkan beberapa insiden dimana pemain memprotes keputusan pengadil yang seolah-olah menutup sebelah mata.

Insiden tersebut diburukkan lagi dengan dakwaan penyerang import Sarawak Billy Mehmet, yang menyatakan salah seorang penjaga garisan mengeluarkan kata-kata kesat ke atasnya.

Dalam perlawanan tersebut, Sarawak telah tewas 2-1 kepada JDT, dengan Ivan Fatic diarahkan meninggalkan perlawanan kerana memprotes keputusan pengadil.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top