Dalam satu temubual esklusif bersama The New Sarawak Tribune, Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts mendedahkan bahawa skuad bimbingannya adalah setaraf dengan pasukan Perak, Sime Darby, Terengganu, dan PKNS.
Menurut beliau, Sarawak adalah seperti pasukan Cardiff City di Liga Inggeris, di mana pasukan Bujang Senang baru sahaja menjejakkan kaki di Liga Super.
Tambah Robert lagi, pasukan seperti JDT (Johor Darul Takzim), ATM, Kelantan, Lions XII dan juga Pahang adalah dalam status yang cukup berbeza jika berbanding dengan Sarawak sambil berkata bahawa beliau memilih JDT, Kelantan dan Lions XII sebagai tiga pasukan teratas di penghujung musim.
Beliau turut menjangkakan bahawa Sarawak akan bersaing hebat dengan Sime Darby, PKNS, T-Team dan Perak bagi kedudukan terbaik di dalam Liga Super pada musim ini.
Sarawak bakal turun menentang pasukan ATM malam ini di Stadium Selayang.
PROMO: Dapatkan baju Sarawak Crocs (RM30), Mafla Sarawak (RM35), Mafla Melaka (RM35) dan Majalah Sarawak FA (RM15) di www.eheartcharms.com sekarang!
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] promotion to the Super League this year was greeted with a lot of promises by those in charge that 2014 would be different from 2012. Many reasons were given in Sarawak FA […]