PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ), telah memberi sedikit nasihat kepada Sarawak United dan pasukan lain di Liga Super, khusus berkenaan penyertaan Sarawak United di dalam Liga Super musim hadapan.

Pemilik kelab JDT FC itu memberi nasihat apabila mengulas berkenaan insiden selepas perlawanan Negeri Sembilan dan Sarawak United, yang mana menyaksikan berlaku insiden tolak menolak yang melibatkan pemain dan pegawai pasukan Sarawak United.

Promosi RM1

TMJ yang ditemubual dalam rancangan bola@mamak dipetik sebagai berkata bahawa Sarawak United perlu lebih berdisiplin apabila mereka memasuki Liga Super musim hadapan.

// LIHAT PROMOSI SHOPEE TERMURAH HARI INI

Beliau turut menyatakan bahawa beliau gembira dengan kemasukan Sarawak United ke Liga Super, namun tindakan seperti yang berlaku pada akhir perlawanan Negeri Sembilan dan Sarawak United itu perlu dipandang serius dan FAM perlu bertindak.

“Satu perkembangan yang bagus (Sarawak United layak ke Liga Super), tapi kena jaga disiplin staf masing – masing kerana insiden baru – baru ini (menyerang pengadil). Benda itu tak patut berlaku dan FAM ada tindakan lebih keras.” kata TMJ dalam sesi bola@Mamak.

“Kalau tidak benda ini akan berlaku, kita juga faham ramai negara jiran yang memerhati sikap kita. Kita nak ada imej yang bagus dalam boa sepak”. jelas TMJ lagi.

SUMBER: HM