Tiket Sarawak-Pahang mula dijual hari ini

Tiket bolasepak bagi perlawanan Liga Super ketiga diantara Sarawak dan Pahang mula dijual hari ini.

Peminat bolasepak yang berminat mendapatkan tiket tersebut boleh mula mendapatkannya di semua cawangan Lea Sports Centre sekitar Kuching seperti yang dilihat di bawah:
– Lea Sports Centre, City One (3rd Floor)
– Lea Sports Centre, Kuching Sentral (1st Floor)
– Lea Sports Centre, Sarawak Plaza (UG Floor)
– Lea Sports Centre, Wisma Hopoh (2nd Floor)

Untuk musim ini, harga tiket bagi beberapa zon tempat duduk telah dikurangkan oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) seperti yang anda lihat di sini.

Selain daripada mendapatkan tiket dari cawangan Lea Sports Centre, peminat juga boleh membeli tiket perlawanan Sarawak-Pahang di Stadium Negeri, dan secara ‘online’ di TiketPanas.com. Tiket bagi pembelian online dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.

Adalah dianggarkan sebanyak 15,000 peminat bolasepak Sarawak akan membanjiri Stadium Negeri malam ini, termasuk juga lagenda bolasepak Sarawak seperti John Hunter, Alan Vest, Affendi Julaihi, Samsurin Abdul Rahman, David Evans dan banyak lagi ekoran Karnival Sarawak Glory yang turut sama diadakan pada sebelah petang, sebelum perlawanan.

Pihak SarawakCrocs dijangka akan membawakan ‘update’ perlawanan tersebut secara langsung di twitter: @SarawakCrosc

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top