Tiket bagi perlawanan terakhir Liga Malaysia 2019 – Play-off Liga Premier 2020 akan mula dijual bermula Khamis ini, 21 November 2019.
Mengikut infografik yang dikeluarkan Malaysia Football League (MFL), tiket-tiket tersebut boleh dibeli di cawangan Lea Sports Center (LSC) sekitar Kuching.
Cawangan-cawangan yang dinamakan adalah LSC Hopoh, LSC Sarawak Plaza dan LSC Kuching Sentral.
Pada hari perlawanan, Sabtu 23 November, tiket akan dijual di pintu utama Stadium Sarawak bermula jam 5 petang.
MFL telah menetapkan 23 November 2019 sebagai tarikh penentuan wakil Sarawak di Liga Malaysia musim hadapan dengan Kuching menjadi tuan rumah perlawanan tersebut.
Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sarawak itu bakal menyaksikan 12,000 tiket dijual.
2,000 tiket berharga RM10 (Grandstand) dan 10,000 tiket berharga RM5 untuk tepat duduk terbuka dijangka akan laris dibeli oleh peminat bole sepak Sarawak.
Pemenang perlawanan ini akan bermain di Liga Premier pada musim hadapan.