Tiket palsu Sarawak-Pahang mula dijual?

Dengan kehangatan Piala Malaysia semakin dirasai di Kuching, timbul pula masalah baru dimana tiket palsu perlawanan bolasepak separuh akhir di antara Sarawak dan Pahang disyaki telah mula dijual.

Menurut sumber dalaman Sarawak Crocs, pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) belum lagi menjual sebarang tiket untuk perlawanan timbal-balik Sarawak menentang Pahang di Stadium Negeri pada 26 Oktober ini.

Menurut sumber lagi, hanya sekitar 20 tiket telah diedarkan sebagai hadiah semasa pameran Piala Malaysia di Plaza Merdeka Ahad lalu, dan tidak wujud kes penjualan tiket perlawanan setakat ini. Sumber turut menggesa pihak yang telah memiliki tiket untuk perlawanan di Stadium Negeri untuk menghubungi pihak FAS bagi membolehkan pihak persatuan dan polis menyiasat kes penjualan tiket palsu ini secara lebih teliti.

Terdahulu dikhabarkan bahawa wujud sesetengah individu yang telah membeli tiket Sarawak menentang Pahang dengan harga RM20 dalam dua tiga hari ini melalui sumber tidak dikenali.

Sarawak Crocs dalam pada itu sudi menerima ‘inbox’ g mbar tiket yang telah dibeli bagi perlawanan Sarawak menentang Pahang kelak. Gambar tiket tersebut akan dihantar ke FAS untuk siasatan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top