Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami telah mendapat tahu berkenaan rancangan peminat Sarawak FA untuk ke Stadium Jalan Besar, Singapura bagi tujuan menyaksikan perlawanan penting diantara Lions XII dan Sarawak.
Dalam pada itu, pihak Sarawak Crocs telah dimaklumkan bahawa tiket perlawanan tersebut TIDAK BOLEH DIBELI oleh individu perseorangan bagi peminat Sarawak, dan mesti dibeli melalui Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Dengan yang demikian, satu inisiatif bersama kawan-kawan di UltraCrocs telah dibuat untuk mengumpulkan nama peminat skuad Bujang Senang yang telah merancang dan KONFIRM PERGI ke Stadium Jalan Besar pada 18 September 2013 ini.
Bagi mereka yang KONFIRM PERGI, dan telahpun membuat perancangan, baik dari segi mod pengangkutan dan juga passport, anda dipersilakan mengisi borang yang tersedia di bawah.
Maklumat di dalam borang ini akan dihantar kepada pihak berwajib (FAS), dan seterusnya digunakan oleh pihak berkenaan untuk memperolehi jumlah tiket yang secukupnya, disamping juga membolehkan kemasukan anda ke Stadium Singapura adalah bersama semua penyokong Sarawak.
Peminat yang membawa alat muzik perlu juga perlu memaklumkan kepada pihak FAS kerana kebenaran diperlukan bagi tujuan tersebut.
Bagi yang belum memiliki passport, tetapi ingin juga pergi, sila buat passport dahulu.
UPDATE 8PM 5 Sept 2013: 150 tiket diesediakan untuk Sarawak FA oleh pihak Lions XII. Satu tiket SGD9 (Lebih kurang RM21). Tarikh akhir menghantar nama dalam borang dibawah adalah pada AHAD 8 Sept 2013, sebelum 2359 jam hari tersebut.
Sekali lagi, borang ini hanya HARUS DIISI OLEH MEREKA YANG KONFIRM PERGI, dan strong>BUKAN yang belum tentu pergi.
PENDAFTARAN UNTUK TIKET SUDAH DITUTUP.