Tiga perlawanan pertama Liga Super Kuching City mencabar

Kelab Liga Super Kuching City FC akan memulakan kempen Liga Super mereka dengan lawan – lawan yang mencabar.

Pada perlawanan pertama, pasukan bimbingan Irfan Bakti itu akan bermain di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Dalam perlawanan pertama itu, Kuching City dijadualkan menentang Kelantan FC, dengan perlawanan diadakan pada jam 5.30PM pada 25 Februari 2023.

Memandangkan sepak mula 5.30PM adalah baru diperkenalkan, pasukan Kuching City dilihat akan perlu melakukan penyesuaian diri apabila menentang pasukan Kelantan yang sememangnya agak liat untuk ditewaskan di tempat sendiri.

Selepas perlawan itu, Kuching City akan berdepan dua perlawanan besar apabila mereka akan menanti kunjungan Selangor FC di Stadium Negeri, dengan perlawanan dijadualkan pada 8.15PM.

Perlawanan pada 2 Mac 2023 ini akan menjadi perlawanan pertama Kuching City di tempat sendiri di Liga Super.

Ianya dianggap besar kerana Selangor telah menamatkan musim di tempat ke-5 musim lalu dan telah membawa masuk beberapa pemain handalan untuk musim ini.

Perlawanan berikutnya pada 6 Mac 2023 tidak kurang besar dan dijangka akan menjadi perlawanan tumpuan ramai kerana ianya akan menyaksikan Kuching City menentang seteru setempatnya, Sabah FC di Stadium Negeri.

Sabah yang mengakhiri musim di tempat kedua musim lepas belum pernah bertemu Kuching City, dan dengan itu perlawanan ini dijangka sengit.

Lain – lain perlawanan Kuching City boleh anda lihat pada jadual Liga Super 2023 yang boleh dimuat turun pada pautan dibawah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top