19 Jun – Tiga pemain bolasepak wanita Sarawak akan mengikuti kem latihan pusat Fasa Akhir bermula 2 Julai 2017 di Jeonsa Centre, Kuala Lumpur. Mereka akan menyertai 22 pemain bolasepak lain yang dipanggil sama untuk sesi latihan pusat tersebut.
Kem latihan pusat selama enam minggu ini merupakan persiapan terakhir skuad wanita Harimau Malaya bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bermula 14 hingga 30 Ogos depan.
Pemain yang dipanggil dari Sarawak adalah:
1) ASMA JUNAIDI (PENJAGA GOL)
2) SITI ROHANI SAPTU (PENYERANG)
3) HAINDEE MOSROH (TENGAH)
Menurut laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pemain yang dipanggil akan menghadiri Bina Semangat di Kem Asahan, Melaka dari 9 hingga 12 Julai 2017, serta beberapa perlawanan persahabatan sebagai persediaan mengjadapi Sukan SEA 2017 kelak. – sarawakcrocs.com