Tiga kelab mahukan Robert Alberts tetapi…

Tiga kelab bolasepak di Indonesia ingin Robert Alberts menjadi ketua jurulatih mereka. Tawaran ini termasuk satu kelab yang ngin mengikat Robert Alberts selama dua tahun dengan perancangan khas untuk membawa kelab tersebut ke arah kejayaan, seperti yang beliau lakukan untuk tiga pasukan yang pernah dibimbingnya, yakni Kedah FA, Arema dan Sarawak FA.

Sungguhpun demikian, Robert mengatakan beliau masih belum dapat menerima mana-mana tawaran dari kelab Indonesia kerana status bolasepak negara tersebut yang mana masih digantung oleh FIFA.

Menurut Alberts, penggantungan Indonesia dari badan induk bolasepak dunia FIFA menyebabkan semua kelab di Indonesia tidak dapat bergerak seperti kelab bolasepak biasa, sekaligus menyaksikan kelab-kelab tersebut tidak mahu menawarkan ‘kontrak biasa’ buat masa ini.

Alberts walaubagaimanapun berharap situasi ini akan berubah di dalam masa terdekat.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top