Tiga pemain import utama pasukan Sarawak FA untuk musim 2018 telahpun dikenalpasti menurut satu sumber yang dipercayai.
Menurut sumber tersebut, pemain-pemain tersebut telahpun ditandatangani sebelum sesi percubaan.
Tiga pemain yang dikenalpasti adalah bekas pemain Sarawak FA, Mateo Roskam dan Milos Raichovic, serta seorang pemain baharu Nebosja Marinkovic.
Jika maklumat kami tepat Mateo bakal menjadi penyerang utama pasukan Bujang Senang musim hadapan, dan Milos bakal digunakan di bahagian tengah Sarawak FA bersama Nebosja yang merupakan bekas pemain tengah Perth Glory di Australia.
Pemilihan Nebosja, bersama juga Milos dan Mateo mengesahkan bahawa Sarawak FA tidak akan mengambil bekas pemain Sarawak FA Muamer Salibasic, yang akan dijangka terbang ke Kuala Lumpur di dalam masa terdekat.
Ini disebabkan posisi yang dimainkan Muamer sudahpun terisi, dan agak mustahil FAS mengambil semua pemain import di posisi sama.
Sungguhpun kami yakin dengan sumber kami, pengesahan akhir berkenaan status pemain Sarawak FA perlu menunggu pengumuman rasmi pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) tidak lama lagi.
// Dapatkan jersi tribal SarawakCrocs bermula Isnin ini di https://kedey.sarawakcrocs.com