Tiada ruang untuk JKT?

Senarai bakal pemain Terengganu FA bagi musim hadapan telah dibocorkan oleh pihak yang tidak dikenali, dan daripada senarai tersebut, nama Joseph Kalang Tie tidak kelihatan.

Sebaliknya, seorang lagi pemain Sarawak, J Partiban telah dilihat sebagai ‘sedang berunding’ dengan pihak Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT).

Ketiadaan nama Joseph, atau lebih popular dengan nama JKT, di dalam senarai pemain 2017 Terengganu, telah mengakibatkan berlakunya spekulasi bahawa pemain kebangsaan tersebut telah diketepikan oleh PBSNT, sekaligus membuka spekulasi terhadap hala tuju Joseph pada musim hadapan.

Sebelum ini, JKT telah mengakui beliau masih sudi kembali menyarung jersi pasukan Sarawak, namun beliau juga turut mengakui belum menerima sebarang tawaran daripada pasukan kelahirananya.

Dalam pada itu, cubaan pihak SarawakCrocs mendapatkan pendapat JKT berkenaan statusnya di Terengganu belum lagi berjaya, namun ura-ura di media sosial hangat mengatakan JKT bakal berhijrah ke pasukan PAhang FC.

Sehingga pengumuman rasmi dilakukan pihak JKT, hala tuju pemain berbakat itu kini satu misteri tapi yang pasti, ramai peminat pasukan Bujang Senang mahukan beliau kembali ke Stadium Negeri.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top