Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), pengurus Liga Malaysia bermula tahun lepas telah menerangkan bahawa wujud dua sebab kenapa siaran langusng semua perlawanan Liga-M tidak berlaku.
Menurut Kevin Ramalingam, Ketua Eksekutif Operasi (CEO) FMLLP, punca pertama adalah terdapat kekangan di pihak ketiga dari segi ekonomi. Beliau berkata demikian semasa acara Sembang bola anjuran FMLLP.
Punca kedua adalah disebabkan maklum balas daripada pihak pesukan yang bertanding, yang mana ‘tidak semua pasukan bersedia untuk perlawanan yang ditunjukkan secara siaran langsung kerana mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kehadiran yang memuaskan apabila perlawanan mereka ditunjukkan secara demikian’.
FMLLP menurut Kevin, bagaimanapun telah berusaha mendapatkan lebih banyak siaran langsung, termasuk peringkat suku akhir dan seterusnya untuk Piala FA.
Padaw awal musim, FMLLP telah mengeluarkan tender untuk menunjukkan semua perlawanan Liga Super secara langsung, namun ianya tidak mendapat bidaan memuaskan dari syarikat media di Malaysia, dengan Astro mengambil keputusan tidak membida langsung.




