Sarawak akan turun tanpa Hassan Mohamad selepas pemain itu disahkan cedera semasa sesi latihan terakhir di Kuching.
Menurut laporan akhbar tempatan, Hassan tidak dibawa ke Kuala Terengganu dan dijangka terus tidak akan bersama skuad Bujang Senang sepanjang skuad tersebut berada di Terengganu.
Ketiadaan Hassan dijangka mempengaruhi taktik jurulatih Sarawak yang dikatakan akan menyenaraikan samada Rashid Aya atau S Chanturu di posisi beliau.
Ryan walaubagaimanapun akan terus diturunkan bagi membantu barisan serangan Sarawak yang dilihat belum menemui rentak.
Dalam pada itu, Sarawak juga dilihat bakal menurunkan beberapa tonggak utama tahun 2013 seperti Sharol Saperi, Dzulazlan Ibrahim dan Ashri Chuchu dalam perlawanan menentang skuad pantai timur ini.