Pasukan Selangor mungkin berdepan masalah dana pada musim hadapan.
Ini berikutan pendedahan bekas pengurus Selangor, Amiruddin Shari, yang menyatakan bahawa berkemungkinan segala peruntukkan kerajaan negeri hanya akan disalurkan kepada kelab bolasepak PKNS.
Amiruddin menyatakan juga bahawa cuma wujud satu penyelesaian, dimana exco Persatuan Bolasepak Negeri Selangor (FAS) perlu berjumpa dengan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Jika langkah tersebut tidak diambil segera, Amiruddin menegaskan bahawa FAS perlu bergerak sendiri untuk menguruskan Selangor dalam saingan Liga Super pada musim hadapan.
Amiruddin dalam pada itu juga menolak bahawa pasukan PKNS dan Selangor akan digabungkan, sambil menyatakan bahawa pasukan PKNS dilihat lebih bersedia untuk penswastaan pasukan.
Sungguhpun melalui musim Piala Malaysia yang agak cemerlang tahun ini, rata-rata peminat Selangor agak kecewa dengan prestasi tidak konsisten Selangor di dalam Liga Super.