The Cats intai pemain England dan Liberia

Pasukan Liga Premier Kuching City sedang dalam proses mendapatkan khidmat dua penyerang dari luar negara.

Kelab yang berpusat di Kuching itu dikhabarkan sedang mengintai penyerang dari England dan Liberia.

Perkara tersebut disahkan ketua jurulatihnya, Irfan bakti, yang mengesahkan bahawa kedua – dua pemain dijangka tiba di Kuching pada hujung bulan depan (Februari).

Kehadiran kedua – dua penyerang itu bermakna Kuching City tidak lagi akan mengambil dua pemain dari Sweden seperti yang dikhabarkan sebelum ini.

Apa pun, Kuching City telahpun mengesahkan pengambilan dua pemain import pada musim hadapan, dimana kelab tersebut mengekalkan pemain pertahanan dari Brazil, Alyton Alemao dan membawa masuk pemain Jepun Yuki Tanigawa,yang juga merupakan bekas pemain Kuching City pada tahun 2020.

Adalah dijangkakan Kuching City akan melengkapkan senarai pemain penuhnya pada hujung bulan hadapan, dalam tempoh masa yang diperuntukan oleh Malaysia Football League (MFL).

>> LIHAT PROMOSI SHOPEE MALAYSIA

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top