Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini telah dengan rasminya mengumumkan kemasukan tiga nama besar ke skuad utamanya untuk musim hadapan.
Tiga pemain tersebut adalah Joseph Kalang Tie yang berpindah dari Sarawak FA, Amirizdwan Taj yang berpindah dari ATM FA dan Yong Kuong Yong, yang berpindah dari Penang FA.
Ketiga-tiga pemain tersebut hadir di majlis menandatangani kontrak bersama kelab pantai timur itu sekitar jam 12 tadi selepas majlis terpaksa ditunda sedikit akibat kelewatan Joseph Kalang yang menghadapi masalah dengan penerbangannya.
Dalam majlis tersebut, ketiga-tiga pemain melahirkan keterujaan mereka untuk menyarung jersi skuad Penyu dan berharap akan mengecapi kejayaan bersama pasukan baru mereka.