Tampines mahu Billy Mehmet

Bekas penyerang pasukan Liga Super Billy Mehmet dikatakan kini di dalam radar Tampines Rovers.

Pasukan yang bermain di Liga Singapura itu dikatakan berminat mendapatkan khidmat Billy kerana rekod jaringan gol yang dimilikinya.

Pengendali pasukan tersebut V. Sundramoorthy juga tidak menafikan bahawa beliau sedang mencari pemain import penyerang yang berkebolehan selepas berjaya memikat sembilan bekas pemain Lions XII dan juga lagenda bolasepak Liverpool Jermaine Pennant.

Billy kini berada di London selepas beliau menamatkan kontrak beliau bersama skuad Bujang Senang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top