KUCHING – Liga Fantasi Piala Dunia SarawakCrocs (SCWCFL) telahpun berakhir dengan pasukan DesPUDGEito muncul sebagai pasukan teratas.
Mengumpul 373 mata, pasukan DesPUDGEito telah mengalahkan 32 pasukan lain yang bertanding di dalam di dalam SCWCFL, sekaligus menerima wang tunai berjumlah RM250 sebagai pemenang tempat pertama.
Tempat kedua telah dimenangi oleh MAAG yang menerima RM150, manakala pasukan Gerrardo 89 mendapat tempat ketiga, dan menerima wang tunai RM100.
Kesemua pemilik pasukan telah menerima hadiah mereka pada minggu ini.
SCWCFL dianjurkan sempena Piala Dunia 2018 bagi memeriahkan lagi Piala Dunia bagi peminat bolasepak SarawakCrocs. – SarawakCrocs