SWT CONTRACTOR juara Piala FA Bahagian Kapit

Semangat juang ​SWT CONTRACTOR telah menyaksikan pasukan tersebut merangkul Piala FA Bahagian Kapit petang tadi melalui jaringan tunggal Havit Philip.

Piala FA Bahagian Kapit yang turut digelar Piala FA YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang dari babak pertama bagi mencari gol awal perlawanan.

Sungguhpun demikian, selepas 45-minit bertarung, kedua-dua pasukan masih buntu mencari gol pertama perlawanan, mengakibatkan pasukan belia Bawah-19 tahun Kapit FA, dan SWT kekal terikat.

Pada  babak kedua, kedua-dua pasukan terus mengasak gawang lawan masing-masing dan akhirnya serangan kilat SWT berjaya menewaskan pertahanan kental Kapit FA apabila lorongan Mohd Hisyam disudahkan dengan bergaya oleh Havit.

Kapit cuba bangkit selepas itu, tetapi dua percubaan bahaya penyerang sensasi Victor Dammo berjaya diselamatkan penjaga gol SWT, Jimmy Enggai.

Kapit terus buntu selepas itu, dan akhirnya terpaksa akur bahawa SWT lebih handal apabila pengadil menamatkan perlawanan, sekaligus mengesahkan SWT membawa pulang Piala FA dan wang tunai RM2,500.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top