“SARAWAK mesti memenangi perlawanan malam ini jika mahu membuka peluang untuk menjuarai Liga Perdana 2013, tidak boleh seri atau kalah.”
Itulah kenyataan jurulatih Sarawak, Robert Alberts menjelang aksi genting menentang pendahulu liga, Sime Darby dalam aksi di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching malam ini.
Lantarn itu, Alberts mengarahkan anakanak buahnya agar tidak gementar sebaik melangkah masuk ke padang. Malah Alberts juga mahu melihat anakanak buahnya melakukan serangan sebaik wisel pertama dibunyikan.
“Bermainlah tanpa rasa takut dan seranglah, kerana kemenangan memerlukan jaringan,” jelasnya.
“Para pemain perlu fokus sepenuhnya terhadap serangan dan tidak mengulangi kesilapan seperti ketika menentang Putrajaya Jumaat lalu,” ujar Alberts.
“Jika mereka mengikut arahan dan melakukan serangan… saya percaya tiga mata pasti akan berada dalam genggaman,” katanya. “Untuk menjaringkan gol kita bukan sahaja perlu mencipta peluang, namun mesti mencipta peluang yang baik,” ujarnya.
Untuk aksi malam ini Alberts akan menurunkan bintang kacukan Sabah/Sweden, Junior Eldstal dalam senarai utama bagi memberikan kekuatan tambatan di bahagian tengah.
Ini bermakna, ketua pasukan, Shahrol Saperi akan direhatkan. Eldstal akan bergandingan dengan Guy Bwele yang lebih kepada watak defensif. Manakala Muamr Silabasic akan beraksi di belakang penyerang tunggal, Bobby Gonzales.
Manakala Joseph Kallang Tie akan beraksi di sayap kiri, sambil bekas penyerang PKNS, Zamri Mosrhidi akan menyerang dari sayap kanan. “Untuk menentang Sime Darby kami memerlukan kekuatan di bahagian tengah dan salah seorang daripadanya akan bergerak untuk menyerang,” ujar Alberts.
Sumber: Utusan Sarawak