S’wak ‘bedil’ Polis

KUCHING: Sarawak meneruskan rentak bergaya apabila membedil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 3-1 pada saingan Liga Per­dana di Stadium Hang Jebat, Melaka petang semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan terikat 0-0 separuh babak pertama dengan mas­ing-masing beraksi penuh berhati-hati untuk memecah kebuntuan.

Namun, pasukan Ngap Sayot membuka jaringan pendahuluan sebaik sahaja perlawanan babak kedua baharu bermula menerusi sentuhan Azizan Baba pada minit ke-48.

Tersentak dengan jarin­gan pasukan pelawat, Polis bangkit memberi tentangan hebat untuk memburu gol penyamaan.

Justeru, hasil usaha gigih asakan bertali arus ‘pasukan pengaman’ itu berjaya mem­perolehi sepakan penalti dan disudahkan dengan berkesan untuk jaringan penyamaan (1-1).

Begitu pun, Sarawak yang gah di persada liga setakat ini terus memberikan tekanan buat PDRM dan enggan men­gibarkan ‘bendera putih’.

Berbaki beberapa min­it perlawanan untuk dita­matkan, Sarawak melancar­kan serangan demi serangan sambil mematahkan serangan yang dilancarkan pasukan Polis.

Dalam situasi getir, Sarawak berjaya membocori gawang Polis dengan ledakan berbisa penyerang prolifik, Bobby Gonzales pada minit ke-78.

Setelah mendahului dengan 2-1, pasukan bimbingan ju­rulatih import Robert Alberts enggan ‘menyerah’ malah terus mengasak kubu Polis.

Justeru, penyerang im­port dari Bosnia, Muamer Salibasic terus menghukum kealpaan benteng pertahanan Polis dengan jaringan ketiga Sarawak pada minit ke-80.

Kemenangan itu membole­hkan Sarawak terus kekal di puncak Liga Perdana setakat ini dengan mengumpul 43 mata di hadapan Sime Darby FC yang turut menang ber­gaya (2-0) ke atas NS Betaria di Stadium MPS Selayang, petang semalam.

Sumber: Utusan Borneo

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top