Pada minit ke-70, Sarawak seperti akan pulang dengan tiga mata berharga, namun segalanya berubah di dalam dua minit apabila Kedah berjaya menyamakan kedudukan, dan menewaskan Sarawak di Stadium Darulaman.
Sarawak membuka tirai jaringan melalui pemain import Mark Hartman yang mudah menewaskan penjaga gol Kedah Mohd Farhan melalui sepakan percuma.
Kedah bangkit untuk menyamakan kedudukan, dan pada pada minit ke-21, hantaran silang oleh Badrol Bakhtiar tertampan pemain Sarawak, sekaligus gagal diselamatkan Shahril Saari.
Kegembiraan Kedah walaupun tidak bertahan lama apabila pemain kebangsaan Malaysia, Nur Shamie merembat masuk gol kedua Sarawak pada minit ke-26 selepas berlaku kekeliruan di hadapan gawang gol Kedah.
Pada babak kedua, anak buah Tan Cheng Ho mula menunjukkan taring sebenar dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu pasukan Sarawak.
Penyerang sensasi dari Denmark, Ken Ilso hampir menyamakan kedudukan beberapa kali untuk pasukan tuan rumah, namun Shahril gagah mengawal gawang Sarawak dengan jayanya.
Sungguhpun demikian, pada minit ke-71, Kedah akhirnya berjaya menembusi pertahanan Sarawak dengan Sandro da Silva mudah merembat masuk hantaran Liridon.
Belum sempat menerima hakikat kedudukan telah terikat, Kedah menyumbat satu lagi gol ada minit ke-72, kali ini dengan Shazwan Zainon menyudahkan hantaran Sandro.
Dengan perlawanan berbaki kurang 20 minit, pasukan Sarawak memasukan Awang kamarudin untuk Shreen Tambi, namun ianya gagal menyekat kemaraan pasukan Kedah yang semakin garang membuat serangan.
Sungguhpun demikian, barisan pertahanan Sarawak yang diketuai Ronny Harun berjaya mengekang serangan bertali-arus tersebut, dengan kemenangan sah milik Kedah pada masa penuh.
FT Kedah 3-2 Sarawak.
Dapatkan Jersi Rasmi SarawakCrocs 2017 sekarang melalui pre-order sahaja pada harga RM70 sekarang!
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys





Tggl brapa minit lg admin?
Bngkit lh srwak…trs kan buat srggan..
Dah tingal dah…
Mudahan swak menang mlm tok..
2-3 dh ðŸ˜
Rauh2.. kan dh kena tinggal..
Cdak dah try buat yg terbaik…perancangan coach ngam… Cuma nasib belum menyembelahi team…apa2 pun syabas coach dan player swak…
Sik apa… ok lah ya. Sikdak buat yg terbaik, atleast 3-2 kalah.
#NothingLastForeverWeCantChangeTheFuture
Apabila kalah itu biasa menjadi amalan
Dpt goal mulalah berangan² haha..
Tahniah ok…bagi perlawanan ke 2…setakat ini…ada lawan..
Teruskan jgn mengalah
org muda main bagus,hahaha
Ada fight nya..jnji kalah bermaruah..klak main home, our home your hell nya..
Sarawak boleh menang, tp nasib tidak menyebelahi Sarawak..X pe, liga masih panjang. teruskan usaha Sarawak
Sik ku heran Serawak kalah. Mun menang ng terbaik. Kena ingat, Kedah MENEWASKAN JDT. Cuba lagi Ngap Sayot. Di Stadium Keramat kita akan balas. Bagi saya kamu semua dah menang. Kamu menang PSIKOLOGI, menang taktik, tahniah DU, cuma nasib dan masa DAN kurang pemain No. 12 TERUTAMA sekali.
Di stadium keramat kita penuhkan Stadium Keramat.
Kedah FA…..Kedah FA……Kedah FA
Di Sayot Saja………
#OURHOMEISYOURHELL 😡😡😡😡😡
#SAYOTKANSEMUAMUSUHMU
Syabas..kalah menang itu normalll…
Betul tu…bola bulat bhaa..apa2x boleh terjadi keputusannya..setiap perlawanan pasti ada menang n kalahnya..kita perlu bagi sokongan..encang sarawak encang..ngap sayot..harap lopas th tapod monang…dapod kedudukan paguh daang carta liga..
Keputusan biasa…hihi
Main home nanti ke menang
Tahniah pasukan Sarawak..walaupun kalah..tapi pasukan ada semangat untuk menang dlm perlawan tersebut..KITA BAHAM PULA SANG GAJAH pada 4/2/2017 di Stadium Negeri nanti…Oooo..Haaaaaa…