Surau Stadium kotor? 

Jika komen di media sosial dijadikan ukuran, ramai yang menyeru pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) membaik pulih keadaan Surau stadium yang mereka ibaratkan sebagai amat kotor.

Pihak SarawakCrocs membuat tinjauan surau kelmarin, dan gambar dibawah menunjukkan keadaan surau kelmarin, ketika hujan turun pada sebelah petang.

Jika diperhatikan, surau tersebut sememangnya di dalam keadaan bersih dan baik, namun ianya kurang pencahayaan.

Kami dimaklumkan bahawa surau telah diwujudkan di Zon B sejak beberapa tahun lalu, dan kerja-kerja menambah baik keadaan surau telah dilaksanakan sejak ianya dibangkitkan oleh sebilangan penyokong.

Seorang pegawai FAS yang enggan dikenali dalam pada itu turut hairan mengapa isu surau terus menjadi perhatian sedangkan ianya telahpun dinaik taraf, dan berharap bahawa pengguna surau berkenaan akan bekerjasama menjaga kebersihan surau tersebut terutama pada hari perlawanan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top