LEBIH SUKA DIPANGGIL JUNIOR ELDSTAL
Pemain Sarawak Junior Eldstal dilaporkan membuat satu surat terbuka kepada pihak Goal.com bagi menjelaskan isu-isu berkenaan dirinya.
Dalam suratnya, Junior menegaskan bahawa sugguhpun nama rasmi beliau di Malaysia adalah Putera Nadher Amarhan, beliau lebih senang dipanggil dan diperkenalkan sebagai Junior Eldstal. Nama Eldstal menurut Junior adalah nama bapanya, yag telah banyak memberi inspirasi kepada kehidupannya.
Junior juga menambah yang beliau sedang dalam proses menukar nama rasminya di Malaysia ke ‘Junior Eldsatal’.
SAYA BERAGAMA KRISTIAN
Selain daripada itu, Junior turut menegaskan bahawa beliau sebenarnya beragama Kristian sungguhpun namanya mungkin memperlihatkan beliau seperti seorang yang beragama Islam. Tambah Junior, sungguhpun beragam Kristian, beliau amat menghormati agama lain.
TERIMA KASIH SARAWAK!
Di akhir surat tersebut, Junior mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah membantunya, khususnya Scott Ollerenshaw, Robert Alberts dan Sarawak FA kerana sunggup mengambil risiko untuk mengambilnya bermain, di kala tiada yang sanggup berbuat demikian. Beliau turut menambah bahawa sokongan padu peminat Sarawak amat hebat, dan berharap akan sentiasa dapat memberikan yang terbaik sepanjang kariernya sebagai pemain bolasepak.