Pasukan bolasepak Perak melupakan pilihan utama untuk menjuarai pertandingan bolasepak Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung esok. Perlawanan dijangka bermula pada jam 8:45PM di Stadium Negeri Kuching.
Menurut satu tinjauan yang dilakukan oleh SarawakCrocs, seramai 79 peratus daripada 514 peminat bolasepak percaya Perak akan mengekalkan pingat emas bagi bolasepak pada edisi SUKMA kali ini.
Siapakah bakal memenangi pingat emas Bolasepak #SukmaSarawak2016? @sabahrhinos @Perak_TBG @PFCconnect @KLUltras
— SarawakCrocs™ (@SarawakCrocs) July 27, 2016
Perak telah mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan pasukan tuan rumah, Sarawak di dalam peringkat Suku Akhir, dan seterusnya pasukan Sabah pada peringkat Separuh Akhir bagi melayakkan mereka bertemu Wilayah Persekutuan yang sebelum ini berjaya menewaskan Selangor dan Pahang pada peringkat suku akhir, dan separuh akhir masing-masing.
Untuk maklumat lengkap perjalanan pertandingan bolasepak SUKMA Sarawak, sila ke sini.