AKSI AKHIR KETEMU PERAK & WP
Pentas akhir pertandingan bolasepak SUKMA Sarawak bakal menyaksikan pasukan Perak bertemu pasukan Wilayah Persekutuan. Kedua-dua pasukan berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing 1-0 di dalam pertandingan separuh akhir hari ini. Untuk rekod, Perak adalah juara bertahan pertandingan bolasepak SUKMA.

Bagi pasukan Sabah dan Pahang yang telah tewas, mereka akan turut bermain pada 30 Julai ini bagi menentukan pemenang pingat gangsa pertandingan bolasepak.

Back
Next

PERINGKAT KNOCK OUT

SUKMA Sarawak Bolasepak players

PERINGKAT SUKU AKHIR:
Pasukan bolasepak SUKMA Sarawak akhirnya terpaksa akur kepada kekuatan juara bertahan bolasepak SUKMA, Perak, yang menyingkirkan mereka daripada pertandingan tersebut melalui sepakan penalti malam ini. Perlawanan yang berlangsung sengit menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh, dan 2-2 selepas masa tambahan, sekaligus memaksa penentuan dilakukan melalui sepakan penalti. Perak muncul pasukan yang lebih bersedia secara mental apabila menjaringkan tiga sepakan penalti, dengan Sarawak gagal menjaringkan sebarang sepakan yang diambil.

Di peringkat suku akhir yang lain yang berlangsung di sebelah petang pula, pasukan Sabah mengejutkan pasukan Johor 2-0 di Stadium Negeri untuk meletakkan mereka sebagai lawan Separuh Akhir kepada Perak.

Satu lagi suku akhir di Padang D menyaksikan Wilayah Persekutuan memerlukan masa tambahan untuk menewaskan Negeri Sembilan 2-1 bagi meletakkan mereka sebagai lawan separuh akhir kepada pasukan Pahang yang mudah menumpaskan Selangor 2-0 di Stadium Unimas

26 JUL: SUKU AKHIR
QF1: FT Selangor (0) vs (2) Pahang @ UNIMAS, 3:45PM
QF2: FT Johor (0) vs (2) Sabah @ Stadium Negeri, 3:45PM
QF3: FT Wilayah Persekutuan (2) vs (1) Negeri Sembilan @ Padang D, 3:45Pm
QF4: FT Perak (2) vs (2) Sarawak @ Stadium Negeri, 8:30PM – Perak menang melalui tendangan penalti 3-0

28 JUL: SEPARUH AKHIR
SF1: FT Pahang (0) vs (1) Wilayah Persekutuan,  3:45PM @Stadium Negeri
SF2: FT Sabah (0) vs (1) Perak, 3:45PM @Stadium Unimas

30 JUL: PENENTUAN PINGAT AKHIR
FINAL: Wilayah Persekutuan vs Perak, 8:45PM @ Stadium Negeri.
3RD PLACE: Pahang vs Sabah

Back
Next

2 COMMENTS

  1. Congrates to Sarawak….best host best organizer….hottest edition with fantastic new games and national records.
    Neck to neck race between s’ wak & s’ gor….right to the final moment on the final day.

Comments are closed.