Pasukan bola sepak Malaysia mudah menundukkan Laos 3-1 malam tadi bagi mengakhiri Kumpulan A di kedudukan teratas.

Di dalam perlawanan tersebut, Jafri Firdaus Chew membuka tirai jaringan pada minit ke-26 apabila beliau mudah menyempurnakan lantunan bola hasil tandukan Syafiq Ahmad yang terkena palang.

Laos menyamakan kedudukan pada minit ke-32 apabila Phanthavong Thanin menjarinkan satu sepakan percuma yang gagal diselamatkan Ifwat Akmal Chek Kassim.

Malaysia walaubagaimanapun bangkit sekali lagi dengan Adib Zainuddin menjaringkan gol ketiga perlawanan apabila rembatannya tertampan pemain pertahanan Laos.

Pada babak kedua, Laos cuba bangkit, namun Jafri sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit-kecederaan perlawanan, memberikan Malaysia kemenangan selesa 3-1.

Kemenangan itu memberi Malaysia mata maksimum di dalam Kumpulan yang turut sama disertai Myanmar, Singapura dan Laos.

Lawan Malaysia di peringkat separuh akhir akan ditentukan hari ini di antara Thailand, Indonesia atau Vietnam. – SarawakCrocs.com

Comments

1 COMMENT

Comments are closed.