Sudarsono akui denda FAM telah menggangu kelancaran pembayaran gaji

Datuk Sudarsono, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) di dalam satu kenyataan hari ini mengakui bahawa denda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas Sarawak, sehingga menyebabkan pasukan Bujang Senang bermain di stadium kosong, telah menjadi salah satu punca gaji pemain lewat dibayar.

Menurut Sudarsono, bermain di stadium kosong telah mengakibatkan perjalanan dana Sarawak sedikit terganggu musim ini. Sarawak telah didenda bermain tanpa penonton selepas peminat Bujang Senang merusuh ketika perlawanan menentang Felda United pada awal musim.

Walaubagaimanapun, Sudarsono menegaskan bahawa FAS mempunyai dana yang cukup untuk membayar gaji pemain, dan tidak pernah mempunyai masalah menyelesaikan gaji pemain sehingga ke hari ini.

Isu gaji pemain timbul hari ini apabila beberapa laman peminat membuat khabar berita bahawa pemain tidak bermain dengan baik disebabkan masalah gaji.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top