SUA bawa masuk paling banyak pemain, Kuching FA bawa masuk paling sedikit

Pasukan Sarawak United A (SUA), yang merupakan pasukan hasil penjenamaan semula Selangor United FC, telah membawa masuk paling ramai pemain bagi sebuah pasukan Liga Premier untuk musim 2020.

Menurut senarai pendaftaran pemain yang dikeluarkan pihak Malaysia Football League (MFL), SUA membawa masuk dan mendaftarkan 30 pemain ke dalam pasukan tersebut untuk musim ini.

Ini membuatkan SUA sebagai pasukan yang mendaftarkan pemain terbanyak di Liga Premier apabila pintu perpindahan pemain ditutup 15 Mac lepas.

Pasukan dengan pendaftaran kedua terbanyak adalah pasukan Selangor 2 dan Perak 2, yang mana mendaftarkan 25 pemain masing-masing.

Daripada 30 pemain SUA itu, hanya satu merupakan bekas pemain Selangor United, dengan 8 lagi merupakan bekas pemain Sarawak FA musim lepas atau bekas pemain belia/Piala Presiden Sarawak.

Pemain selebihnya adalah pemain dari pasukan lain, dan ini termasuklah Ashri Chuchu, Firdaus Muhammad, Muzaimir Abdul Hadi dan Bruno Demerson yang mana pernah bermain untuk Sarawak FA sebelum ini.

Senarai pemain SUA 2020 adalah seperti dibawah:

  1. Firdaus Muhamad (Langkawi City FC)
  2. Abdul Qayyum Jabrullah Khan (Pulau Pinang)
  3. Farid Azmi (Langkawi City FC)
  4. Patrick Wleh (PDRM)
  5. Abdul Rahman Ismawi (Sarawak, Piala Presiden)
  6. Muzaimir Abdul Hadi (Sarawak 2018)
  7. Milad Zanidpour (UKM FC)
  8. Alan Lagang Keryer (Sarawak, Piala Belia)
  9. Gabriel Guerra (PKNS FC)
  10. Ashri Chuchu (Kuala Lumpur)
  11. Azreen Zulkafali (Selangor)
  12. Badrul Affendy Fadzil
  13. Yusaini Hafiz Chee Saad (Selangor United)
  14. Amri Yahyah (Selangor)
  15. Syukri Azman (Selangor)
  16. Fauzi Rozlan (Kelantan)
  17. Shaiful Wazizi Mohammad (Sarawak)
  18. Zahrul Nizwan Joe Kifli (Sarawak)
  19. S. Chanthuru (Felda United FC)
  20. Ali Imran Alimi (Felda United FC)
  21. Farid Ramli (PDRM)
  22. Farhan Abu Bakar (PKNS FC)
  23. S. Veenod (PJ City FC)
  24. Demerson (Persela Lamongan, Indonesia)
  25. Alif Hassan (Sarawak)
  26. B. Sanjef Dinesh (PJ City FC)
  27. Aiman Harith Faruk (Sarawak United FC, Piala Presiden)
  28. Abdul Rahim Abdul Razak (Sarawak)
  29. Adam Shreen Tambi (Sarawak)
  30. Nicolas Marotta (Club Aurora, Bolivia)

Menurut maklumat dari MFL, SUA hanya menggugurkan seorang pemain sebelum jendela perpindahan Mac ditutup, yakni Marotta.

Dalam perkembangan sama, pasukan Kuching FA membawa masuk paling sedikit pemain ke pasukan tersebut jika dibandingkan dengan pasukan Liga Premier lain.

Dalam senarai yang dikeluarkan MFL, Kuching FA hanya membawa masuk lapan pemain sahaja apabila jendela perpindahan ditutup.

Empat pemain yang dibawa masuk Kuching FA adalah pemain tempatan yang berasal dari Sarawak dengan empat lagi pemain adalah pemain import.

Pemain yang dibawa masuk oleh Kuching FA adalah:

  1. Andy Nicholas Nipen (Sarawak)
  2. Affyshahrul Affendi
  3. Paul Sambang
  4. Tommy Mawat Bada (PKNS FC)
  5. Bryan Jones (Luverdense EC, Brazil)
  6. Yugi Tanigawa (Kyoto Sangyo University, Japan)
  7. Hudson de Jesus (Sarawak)
  8. Leonardo Alves (Al-Safa, Saudi Arabia)

Kuching FA walaubagaimanapun telah melepaskan Alves ekoran kecederaan dan menggantikan beliau dengan Jones.

Jumlah pemain yang dilepaskan oleh Kuching FA walaubagaimanapun dipercayai tidak termasuk pemain amatur yang telah menamatkan khidmat bersama kelab tersebut apabila Kuching FA melayakkan diri ke Liga Premier.

Ini adalah kerana Kuching FA telah mengubah status mereka dari sebuah kelab amatur kepada kelab profesional apabila berjaya melayakkan diri bermain di Liga Premier, sekaligus menyaksikan perpindahan pemain dipantau secara berbeza oleh badan penganjur liga.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top