Jika anda peminat bolasepak Liga Malaysia yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, anda pasti akan suka berkunjung ke lubuk pasukan bolasepak Sarawak, yakni Stadium Negeri.
Ini adalah kerana Stadium Negeri telah disimpulkan sebagai tempat terbaik bagi peminat neutral menyaksikan gol, pada kos yang terendah.
Menurut analisa yang dilakukan oleh Mohd. Firdaus Ibrahim di dalam artikel yang disiarkan di SemuanyaBola.com, jumlah gol yang dijaringkan di Stadium Negeri berbanding harga tiket purata yang dibayar oleh seseorang peminat Liga Super, mendapati Stadium Negeri sebagai tempat termurah untuk menyaksikan gol terhasil, yakni RM5.50 setiap gol.
Berdasarkan analisa ini, peminat neutral yang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman dilihat perlu membayar kos tertinggi untuk melihat satu jaringan dengan kos dikatakan berjumlah RM7.33.
Analisis Mohd Firdaus walaubagaimanapun adalah berdasarkan fakta Liga Super 2015, dan andaian bahawa nilai purata tiket bagi semua stadium adalah RM20.
Untuk analisis lengkap, sila ke laman artikel ini disini.