Stadium Negeri ‘rumah’ Kuching FA

Dengan kurang seminggu lagi untuk Liga FAM bermula,  teka teki berkenaan venue rasmi pasukan Kuching FA kini terjawab dengan pengeluaran jadual rasmi liga tersebut. 

Kuching FA yang diundi di dalam Kumpulan B Liga FAM akan menggunakan Stadium Negeri sebagai ‘rumah’ utama pasukan tersebut. 

Adalah difahamkan bahawa pasukan Kuching FA sebelum ini ingin menggunakan Stadium Sarawak, namun keadaan padang yang kurang memuaskan di stadium tersebut memaksa pasukan tersebut memilih menggunakan Stadium Negeri. 

Dalam pada itu, permohonan Kuching FA untuk mengadakan perlawanan pada sebelah petang juga diluluskan dengan sepak mula pertama di Stadium Negeri dijadualkan pada Ahad depan. 

Pasukan Kuching FA merupakan pendatang baharu di Liga FAM, dan menyasarkan untuk kekal di Liga FAM untuk musim ini. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top