Stadium Negeri jadi ‘serba putih’

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) khabarnya telah mengubah serba sedikit rupa bentuk dan warna Stadium Negeri dalam beberapa hari ini.

Menurut maklumat yang diterima, pihak FAS telah mengupah kontraktor untuk membuat kerja-kerja pembersihan pada stadium yang berusia 34 tahun itu dengan proses pembuangan alga di tempat duduk penumpang kini dibersihkan.  Adalah difahamkan, kawasan Teres terbuka Zon B sudah selesai dibersihkan.

Penambahbaikan Stadium Negeri amat dirasai sejak pertukaran tampuk pentadbiran FAS di mana stadium yang dibuka pada tahun 1983 itu kini dilengkapi ruangan VIP dan korperat khas, dan telah dilengkapi dengan kemudahan CCTV.

Selain daripada itu, tandas di beberapa zon juga telah diperbaiki, dan beberapa kawasan yang dahulunya sering gelap, telah dicerahkan dengan penambahan lampu.

Dalam pada itu, kami juga dimaklumkan bahawa pihak FAS mahu peminat bolasepak menjaga kebersihan ketika perlawanan bagi memastikan Stadium Negeri sentiasa kekal bersih.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top